Sperma manusia Spermatozoon

Mikrograf elektron spermatozoon manusia yang dibesarkan 3140 kali.

Sel sperma manusia merupakan sel pembiakan lelaki yang hanya boleh hidup dalam persekitaran yang hangat; sebaik sahaja meninggalkan tubuh, sel-sel sperma itu semakin rentan dan mudah cepat mati, sekaligus menyusutkan kualiti sperma. Terdapat dua jenis sel sperma manusia, iaitu "betina" dan "jantan". Bezanya ialah, yang betina membawa kromosom X sementara yang jantan membawa kromosom Y.

Bagi manusia lelaki, sel-sel sperma terdiri daripada kepala sebesar 5 µm kali 3 µm dan ekor yang panjangnya 41 µm. Ekor itu memflagelum untuk menggerakkan sel sperma (sekitar 1–3 mm/minit dalam manusia) secara berkibar-kibar dalam bentuk kon elips.[2] Air mani bersifat alkali dan tidak mencapai kemotilan penuh (hipermotil) sehingga ia mencapai faraj di mana pH alkalinya dineutralkan oleh bendalir faraj yang berasid. Proses yang perlahan ini mengambil masa 20–30 minit. Ketika ini, fibrinogen dari vesikel seminal membentuk kentalan untuk melindungi sperma. Sebaik sahaja menjadi hipermotil, fibrinolisin dari prostat melarutkan kentalan supaya sperma itu boleh mara secepat-cepatnya.

Spermatozoon dicirikan oleh cytoplasm yang minimum serta kandungan DNA yang paling padat dalam eukariot. Berbanding dengan kromosom mitosis dalam sel somatik, DNA sperma tidak kurang enam kali lebih padat.[3]